Thursday, April 12, 2012

AWESOME SABAH ♥ MABUL ISLAND SEMPORNA [DAY 2]

Salam manis,
yeah terima kasih sebab setia menunggu entri di hari kedua. keke.
Hari selasa, 3hb tu kami semua bangun awal pagi pukul 5 pagi lagi untuk menunggu giliran mandi. yea, sekali lagi, kawan-kawan terkejut sebab pukul 6 sudah terang bederang. Dan, yeah itu juga pengalaman pertama dorang drive jauh-jauh. melalui jalan-jalan berliku yang bukan highway. Dorang drive saya jadi GPS :) 2 jam juga sampai ke Semporna dari Lahad Datu. 

Sebelum sampai Semporna, xsah kalau tidak singgah beli keropok-keropok pelbagai jenis di Kunak. Habis dorang borong semua keropok ubi bergula di situ.kekeke. dalam kerete dengar lagu K-pop..lalala. Fantastic baby~~~boom shakala~~boom shakala~~~>_

Sampai di Semporna pukul 9pagi. Terus parking kereta sebelah jeti. hampir kena saman, nasib baik ada orang yang kerja di situ suruh parking kereta berlawanan arah. tq kak! :)

Tujuan utama ke Semporna tentunya ke Pulau yang antara tercantik di dunia..kalau ikutkan hati mestilah mahu ke Pulai Sipadan. Tapi, banyak procedure kalau mahu ke sana. Lagipun bukan boleh suka-suka pergi. So, kami buat keputusan melencong ke Mabul Kapalai Island. saya sendiri pun tiada pengalaman langsung pergi Pulau Mabul. yea, kalau setakat pulau-pulau biasa di Semporna selalu pergi. Pulau Mabul x sampai lagi. Nasib baik malam sebelum pergi tu, Mr Shy Boy bagi tips. save bajet lagi di situ. yeaw~~Selalunya kalau ambil pakaej RM150 seorang tahu!. OMG, kami ada 8 hari lagi percutian di Sabah. kena la save bajet. Tapi, disebabkan tips terbaik dari Mr Shy Boy, ekekekeke, kami cuma sewa boat untuk pulang balik. sebabnya cuma mahu pergi sehari. 
So bajet kami ke Pulau Mabul cuma Rm40 seorang. >_
Dan kami memang bernasib baik sebab jumpa pemandu boat yang ada kawan di Scuba Junkies
Boleh contact abang Lan kalau mahu pergi day trip ke Pulau Mabul
BOAT RENTAL
BOATMAN: ABDALAN BIN RUHULAN

0138776749

Arrangment to Sipadan, Mabul Kapalai, Mataking,Pandanan, Bohey Dulang, Sibuan & other Island in Semporna :) 
nanti abang neyh boleh tolong uruskan kalau mahu snorkeling sekali. 

Pejalanan dari jeti ke Pulau Mabul kira-kira setengah jam begitu. memang jauh, tapi berbaloi. Lagi jauh Pulau tu, lagi cantik air lautnya. lagi jauh, lagi 1st class tempat snorkeling & scuba diving-nya  :) 

 Dan setelah setengah jam! kami pijak bumi Mabul island! awesome! Dapat tengok ikan dan coral dengan jelas walaupun baru di jeti. 
 Disebabkan tidak ambil pakej,kami tiada guide. tapi disebabkan abang Lan neyh banyak kabel di Pulau Mabul. so kami di guide oleh abang-abang dari Scuba Junkies Agencies.dapat snorkeling jauh-jauh dengan orang putih. hahahaa. 
Snorkeling Equipment 
Snorkel Mask+Snorkel+life jacket =RM20
Kalau ta ada guide bahaya sikit, kang lemas, ta ada orang yang tahu. Lagipun dorang memang baik dengan orang tempatan. jarang orang tempatan datang Pulau Mabul neyh. Asyik orang putih je yang datang. so kalau orang tempatan datang, dorang memang layan baik punya. :) 
 Memang Heaven. Ini bukan pulau biasa. Mabul sangat-sangat Indah. 1st class. 
Kalau dapat ber-scuba lagi seronok. malangnya tiada lesen lagi mahu ber-scuba. kyaaaa~~
Kami ta banyak ambil gambar pun. sebab sudah lupa bila lihat keindahan alam. Subhanallah. Indahnya ta tau mahu cakap macam mana lagi. kalau mahu ber-honey moon memang Pulau Mabul sangat romantik! kekeke. Ta payah pergi Maldives y'all. Di Sabah pun ada Pulau ala-ala Maldives! 

Lepas snorkeling berjam-jam....kami pulang dekat pukul 2.30pm. Lagipun memang berbaloi kalau tidak ambil pakej, sebelah malam memang ta ada aktiviti lain yang boleh dibuat. so lebih baik x payah ambil pakej kalau cuma mahu pergi sehari. :).
Lepas mandi dan tukar pakaian, baru sempat bergambar. seronok kalau ada orang boleh tolong ambil gambar masa snorkeling. aigoo~~ta ada bukti kitaorang menyelam di pulau mabul. semua pun seronok ber-snorkeling. mana ingat mahu ambil gambar lagi. kekeke. 

 Sampai di Semporna, kami makan di restoran bersebelahan jeti, dekat Tun sakaran Marine Park. Awesome! 
Seperti biasa, kalau datang Sabah, mestilah Seafood yang harus di jamah. 
Kalau yang ada extreme allergi dengan seafood, jangan lupa makan ubat sebelum makan. lagipun semua seafood fresh. effect allergi tu ta kuat sangat. betul neyh :) 
Ikan Kerapu 3 rasa, butter Prawn ,Tom Yam Sotong & baby Kailan :D

 Sebelum pulang ke Lahad Datu, singgah di Floating. Sini tempat wajib pergi. Sebenarnya tempat neyh resort. Tapi, kita boleh masuk sesuka hati. keke. Cuma kalau mahu masuk di penghujung, mahu tengok ikan-ikan besar. So, kena bayar RM2 untuk dewasa. Tempat dating paling cool. puhahaha. 

Dan jangan pulang kalau tidak singgah di souvenir shop. Rambang mata tengok mutiara. kekeke.  
beli~~~beli~~

 And that's how we spent our 2nd day in one day. Semporna punya banyak pulau-pulau indah yang memang heaven. Walaupun ta dapat pergi bnayak lagi tempat, Pulau Mabul sudah cukup indah untuk kenangan sepanjang hayat. keke :D

sampai di rumah saya kira-kira pukul 8pm. & bila balik rumah, Pa saya sediakan, Ikan bakar, sotong bakar, semuanya yang panggang-panggang, bakar-bakar. kengkwan saya sudah rasa putu tahu! awesome kan? hahaha. Thank you Pa! 
Seperti hari sebelumnya, tidur awal sebab hari ke3 akan di hadapi dengan penuh dugaan, keke..wait for the next entry! 

CLICK HERE to browse more awesome place in Semporna Sabah <3

5 comments:

Srinderella said...

WOW!!! BEAUTIFUL !!!
and the foods looks so~ooo delicious :9

I wish I have a chance to visit Sabah soon

by the way
maybe you're interest in travelling to Indonesia (we're so clooose)

I just made some post about Lombok
*sorry if it's going to be confusing, since I wrote it in Indonesia*

http://mondayinsahara.blogspot.com/2012/04/lombok-as-addictive-as-sambal-part-1.html

Zura said...

hye kelly..zura nk tanyer..kalu tknk wat snorkling kt mabul tu blh tk..? sekadar nak g mandi kat pantai dia jer sbb zura ni ada anak kecik...

Unknown said...

@Zura Lee boleh je sis. yg snorkling tu ikut kte sndiri. kalau ikut pakej tour mungkin snorkling tu dah masuk pakej. nak tanak, harga tetap sama. Tapi kalau x ikut pakej mcm sy pergi,semua depends dengan kita. Inform je dekat abg bot tu kita nak buat aktiviti apa, nnt dya turunlah mana pantai yg seusai dgn aktiviti kte. :)

arda debby said...

hai kelly, nak tanya, yg bot trip pg mabul tu, actually bp harganya? die mmg charge ikut kepala atau ikut bot? rm40 tu pg balik ye? sy ada plan pg smporna, 1 day trip, thanks for sharing. any additional tips yg nak save bajet

Unknown said...

selalunya RM200-250 untuk satu bot. Hari tu sy pergi kos dlm RM40 sebab kami pergi 6 orang kos kongsi2. Ikut besar bot. Boleh runding harga. Just pergi jeti, tnya mana bot yang pergi mabul & runding harga. Ada banyak bot di situ. :)

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon