Wednesday, April 11, 2012

AWESOME SABAH ♥ SANDAKAN [DAY 1]

Salam manis buat kamu,,kamu,,dan kamu yang gigih menghadap skrin membaca entri ini :) 
Sangat lama blog ini dalam mode hiatus, owh tidak~~ sungguh kesian cik blog ku ini terbiar.alalala. >_< 
Aigooo~~masih lagi terasa kesengalan badan ini. kalau la boleh, mahu tidur 3 hari 2 malam untuk dapatkan balik tenaga yang hilang. kekeke. Dan sampai hari ini masih macam mimpi pergi bercuti dengan kengkawan. yea, ingat senang kawan-kawan dari bumi semenanjung datang ramai-ramai ke Sabah? bukan selalu. mungkin lepas neyh, tunggu saya naik pelamin♥ baru dorang dapat datang lagi. keke. kan? sila angkat kening~_^

Disebabkan trip ke Sabah neyh dirancang secara tiba-tiba 3 minggu yang lalu, preparation pun kurang disebabkan saya cuma dapat balik Sabah 4 hari awal sebelum dorang datang. So, semuanya ikut flow. aiseh. baru lah dramatik! 

Rancangan asal, 10 orang yang akan datang ke Sabah. So, saya pun cari lah pakej sewa van yang mencecah RM300 sehari. Tapi, last minute, cuma 5 orang yang datang. semua girls. So, Pa saya pun pinjamkan kereta. So, muat la 6 orang gadis comel di dalam. Yeah, save bajet disitu. eeke. Thank you Pa! 
Dan disebabkan diriku ini cuma ada lesen basikal, terpaksalah menggunakan khidmat tenaga fizikal jiran satu taman, Encik Firdaus yang baru balik dari UITM. nasib baik dya ada, kalau tidak ~~terpaksa jalan kaki ambil dorang dari airport Sandakan. keke.
Thanks Daus sebab sudi tolong bawa kereta sehari & Thanks cik GF comel Encik Daus sebab memahami ♥:) 

Saya dan Daus gerak dari LD jam 7 pagi. dan sampai di Sandakan pukul 10, tepat-tepat masa kawan-kawan dari bumi semenanjung landing di bumi Sabah! owh yeah~~sungguh excited jumpa dorang semua. 
Lepas ambil dorang di airtport, terus bawa makan tengah hari di medan selera tepi laut di bandar Sandakan.
First time dorang rasa Kima dan Kilau. Haaa, xkan jumpa dekat semenanjung. keke. sedap kan? :)

So, lepas makan, bawa dorang pusing-pusing Sandakan. singgah di Bukit Bendera
Di situ kamu boleh tengok pemandangan 1 bandar Sandakan. Kalau mahu singgah, tempat ni cuma beberapa minit dari susur keluar bandar. Cantik! Tempat neyh terpencil, masuk dalam jauh la juga. kena ada kereta la. Kalau di upgradekan lagi mesti banyak orang datang. Sabah tourism kena upgradekan tempat neyh..serius cantik. sayang ,kalau dibiarkan. xbanyak orang yang tahu tempat neyh wujud. :) 

Lepas dari Bukit Bendera, singgah di Taman Buaya. "Sandakan Crocodile Farm"
Oleh sebab hari tu hari Isnin, memang kosong tempat tu, lagi-lagi kami datang pukul 11pm. 
Masuk RM7 bagi Dewasa. 
Di sini, semua buaya sangat-sangat besar dan menggerunkan. yea, sangat besar. Sebelum masuk pun, kamu kena lalu laluan jambatan yang penuh dengan buaya besar di bawah. Yang trauma dan sangat takut dengan buaya, jalan tutup mata. jangan pandang bawah! keke. 
kena lalu laluan berliku ini yang penuh buaya di bawah sebelum masuk dalam crocodile farm >_< 
Seronok rasanya pergi dengan kawan-kawan. Rasa macam join trip sekolah. Selalu datang dengan family. perasaan tu macam cool saja, lain sikit. Bila dengan kengkawan, rasa terlalu teruja. nampak buaya pun effect Woaaaaahhhh sangat kuat. rasa macam dalam Family Outing la pulak. kekeke. 
Kami orang pergi beli semua pisang-pisang bagi makan monyet-monyet yang comel. 
Owh iya, sini bukan saja taman buaya, ada mini zoo juga. :) 


ini ikan gergasi. >_<
 Lepas tu, singgah di Sepilok pukul 1.30 pm. Nasib baik cuma tunggu setengah jam.  Sebab tempat tu tutup untuk lunch hour. pukul 2pm baru buka balik. Dan tentunya, semua orang tahu Sandakan paling terkenal dengan "Sepilok Orang Utan Sactuary". Tempat ni paling famous bagi pengunjung luar. Hari tu je pun sampai 5-6 bas express pelancong datang. Macam tengok concert pun ada. Tapi malang seribu kali malang, kami sanggup bertahan cuma 1 jam sebab orang utan tidak mahu keluar. sedih! sampai hati kamu orang utan. kenapakah tidak mahu keluar. aigooo..hari tu baru lepas hujan. mesti semua orang utan tengah sedap tidur lepas kenyang makan. kekeke. Tapi rasanya, lepas kami pulang, baru semua orang utan tu keluar. kahkah. ta sanggup tunggu lama, sebab kami kena balik LD sebelum malam. :) 
Entrance fee :
Adult: RM5
Child : RM2 
Tapi kalau mahu bawa masuk kamera, ta kira la guna kamera phone sekali pun. kena bayaran RM10. Nanti semua beg kena simpan dalam locker. so kalau bawa, kena la bayaran. 
 Bagi sesiapa yang mahu tukar hobi, jaga orang utan, kamu boleh jaga baby orang utan dengan bayaran RM180 setahun. So, jaga macam anak sendiri. Kira macam sewa la. Ada sesiapa berminat, boleh la jaga Grason, Lumiyud, Chikitta, Sen, Bella atau Ceria lepas neyh. keke.  
Kesian kawan-kawan saya tidak dapat tengok Orang Utan dari Sepilok. next time pergi, mesti dorang keluar punya. keke. 

So, kami pergi RDC "Rainforest Discovery Centre" pula. 5 minit dari Sepilok. 
Entrance masuk RM5 juga bagi dewasa. 
Di sini hutan hujan tropica. Pokok semua tinggi-tinggi. Dan paling cool bila anda berjalan di trail utama yang 10 meter dari aras tanah. ya sangat tinggi. bagi yang gayat. sila jangan pandang bawah!. keke. Bila naik observation tower lagi la tinggi. kira-kira 20-30 meter tinggi. owhhh sungguh indah bila berada di puncak.. dan sangat seram juga..O-o
Kalau penat pusing semua laluan trail, boleh terus shortcut keluar lalu titian canopy. 
Walaupun pendek tetap cool. Siap buat photoshoot lagi. sampai naik dua kali lagi tu. sebab seronok. keke. 
 Destinasi terakhir kami di Sandakan ialah RDC. Tak sempat pergi banyak tempat. Sebabnya ta mahu pulang LD lewat malam. Sandakan ke LD ambil masa 2 jam lebih. Daus pun penat, kawan-kawan pun penat travel. 
Btw, we having fun. Dapat masuk hutan hujan tropika sabah. keke. 
Malam tu Pa saya masak lauk seafoods. Ikan fresh, susah mahu jumpa yang fresh d KL ok~~ bila di KL pun saya cuma makan ayam, sebab bila makan seafood habis merah-marah satu badan. 
Yea, ikan kukus yang fresh, udang, sotong..haa~semua fresh dari laut. 
Sedap sampai menjilat jari. Makan dengan belacan lagi, haaaa,,belacan KL ta sama dengan Sabah. kekeke.

 Bagi yang mahu pusing satu Sandakan, banyak lagi tempat yang kamu boleh pergi. 1 hari ta cukup. 
CLICK HERE kalau mahu pergi banyak lagi tempat di daerah Sandakan, Sabah :) 

Malam tu tidur awal, sebab esoknya~~~we have a long journey. wait for the next entry! 

p/s: -pukul 6.15pm Sabah sudah gelap macam pukul 8pm. Kengkawan terkejut & ta sangka dorang tidur awal jam 10pm. keke.

2 comments:

Unknown said...

we never go travel like this...... =,=

complicated said...

waaaa.... so cool!!!! bestnya.....

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon