Tuesday, April 30, 2013

JOM MENGUNDI: KIT TINDAKAN FREE ♥

Salam manis,

Memandangkan ada lima hari lagi untuk mengundi, memandangkan ini kali pertama seumur hidup diri ini mengundi, dan memandangkan me and my dad lain-lain tempat mengundi, diri ini resah gelisah sebab kena pergi sendiriㅋㅋㅋ. Inikalilah! Tengok orang mengundi pun tidak pernah, apatah lagi tengok kertas undi tu kan. Kang undi rosak. 
Memandangkan ini pertama kali berpeluang mengundi. (dush! entah berapa banyak perkataan memandangkan mahu guna. :p), diri ini memang bersemangat, bersungguh-sungguh. 

Apa transformasi yang saya mahu : 
Buat calon-calon n50 Lahad Datu, permintaan ku ini kecil sahaja, tapi mewakili ramai pihak. Tolong buka balik jalan keluar/masuk untuk penduduk Taman Aman 3 dan kampung-kampung yang terbabit. 
Kenapa jalan keluar masuk sebelum ini untuk Taman Aman 3 ditutup bila ada highway?Disebabkan jalan keluar/masuk sebelum ini ditutup, semua orang guna laluan masuk/keluar jalan utama Taman Aman Jaya. Jadinya , penduduk dari Taman Aman Jaya sendiri, jiran taman iaitu Taman Aman Tiga dan Kampung-kampung di kawasan Taman Aman 3 guna laluan yang sama : LALUAN KELUAR/MASUK TAMAN AMAN JAYA. Sampaikan semua jenis kenderaan (motor, basikal, bas, kereta, van, lori persendirian, lori 8 tayar, lori 16 tayar) masuk/keluar di laluan Taman Aman Jaya. 
Sedangkan kawasan perumahan di Taman Aman Jaya ni sudah terlalu besar (dan majoriti penduduk di sini ada 2-3 kereta untuk satu rumah), apatah lagi bila penduduk dari Taman Aman 3 dan kampung-kampung terbabit guna laluan yang sama. kenapa? kenapa? kenapa semua kenderaan ini guna laluan Taman Aman Jaya (lebih spesiknya di laluan jalan depan rumah saya!) kenapa jalan depan rumah saya sentiasa traffic jam terutama peak hour? Mula pukul 6pagi sampai 8malam kereta tidak habis-habis lalu lalang. kalau lalu smooth tak apa, ini traffic light pun buat hal. traffic light berwarna HIJAU laluan keluar/masuk Taman Aman Jaya cuma 5-7 saat! Sudahlah semua orang guna satu laluan keluar/masuk yang sama, laluan keluar masuk pula ialah laluan simpang empat. Simpang empat ni pula simpang empat antara yang paling sibuk di Lahad Datu. Sudahlah sebelum laluan keluar perumahan kami ni ada SHELL, apa tidaknya bertambah sesak. Di depan kawasan perumahan pula bandar baru, tambah berganda-ganda sesaknya. Kereta kami mahu keluar pagar rumah pun susah. Jiran saya sendiri hampir dilanggar, sebab orang lain tidak mahu bagi laluan masuk/keluar dari rumahnya sendiri. Kami yang mahu buat aktiviti di luar dan halaman rumah pun sudah tidak boleh macam dulu? siram pokok bunga pun semua mata-mata pandang sebab telampau bosan menunggu dalam kereta! buka pintu rumah pun semua orang dalam kereta tengok! asap & habuk berganda-ganda berbanding sebelum jalan ditutup. Budak-budak mahu main depan kawasan rumah pun bahaya. Bila ada perayaan, kenduri, party segala, traffic jam  lima kali ganda. Paling sakit hati setiap hari dengar bunyi hon kereta tidak henti-henti, ingat jalan raya di Taman Aman Jaya ni jalan besar ka apa? kalau 4 way xapa juga, ini 2 way shj. Buat petition pun tidak dilayan. Seluruh penduduk aman jaya tandangan petition bersurat pun tidak dilayan, Bila hantar mesej dekat fb ahli-ahli politik berdekatan & yb pun tidak dilayan, tapi 24jam online, instagram update setiap jam, komen-komen gambar bersuka ria dengan ahli-ahli, pergi pejabat 3-4 kali pun pejabat tutup, bila buka tidak dilayan. LOL. 
Agak la, dua Taman perumahan dan lebih dua kampung guna laluan yang sama, bijak... bijak... orang yang buat highway tu. 
Kalau transformasi yang kecil-kecilan pun tidak dapat dilaksanakan? suara kecil rakyat pun tidak di ambil peduli. Inikan pula projek yang kononya berjuta-juta di kawasan n50 spesifiknya. eyh, adakah? :p 
Bukannya susah pun buka balik jalan yang sudah ditutup tu. Buka balik, letak traffic light. senang cerita. Semua penduduk puas hati. Perumahan sendiri ada jalan utama untuk keluar dan masuk. bukannya guna jalan di  perumahan lain. bukannya mahu kedekut. agak la kan. sendiri punya ada, tapi yang sendiri punya tu tidak dapat diguna, terpaksa guna orang lain punya. 
Ok cukup. opps! terbuat karangan pendek la pula. Kalau ada yang terbaca tu, silalah buat perubahan. Terima Kasih. 

So, saya ada terima kit tindakan 2 minggu lepas. Dihantar melalui pos daftar. Dari mana dapat? Dapat dari PM. kekeke. Bila dapat kit tindakan ni terus semangat mahu pergi mengundi! huk! ya la, buat yang pertama kali, tidak ada pengalaman, banyak yang kita tidak tahu. So disamping dapat goodies free, dapat juga pengetahuan am. Ada juga lah manfaatnya kit tindakan ni. bukannya tidak bermanfaat pun. Banyak berguna, apatah lagi bila dapat free, siapa tidak suka. Lorh! Lepas guna janganlah buang, simpan. Barulah tidak membazir namanya. Kotak boleh recycle untuk DIY, pen boleh guna tulis diary, sticker tu yang tidak tahu mahu letak di mana. Lorh. ㅠ-ㅠ


Dalam kotak kit tindakan ni ada buku panduan mengundi, ball pen, button badge & stickers. 


Ini antara kandungan buku panduan, bagi kamu yang tidak berpeluang atau terlepas untuk dapatkan kotak khas ni kan. kekeke. boleh la tengok-tengok :p

Bagi yang boleh mengundi, jangan tidak pergi. 
p/s: semalam dengar lagu tema baru' mari mengundi', ingat lagu k-pop mana. hing~~lebih suka lagu lama. marilah mari~~pergi mengundi~~ ^^ Biar semangat mengundi, ta payah la semangat mau propa berpolitik  bagai sampai di bawa-bawa ke sekolah, kalau semangat sampai buat bergaduh, bagus kaulah yang jadi calon. 







No comments:

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon