Tuesday, May 20, 2014

SENANG VS SUSAH / LAMA VS BARU ♥

Salam manis,

Hi penghujung May :) 

Seronok dapat online dari lappy, dapat buka blog, dapat baca kisah hidup orang dan paling best dapat mengimbau memori untuk di luah bercurah-curah ke dalam blog. Macam tidak biasa kan *wink >_=*

Mahu teriak merdekaaaaaa boleh? ngeee~~kalau ikut hati, tidak ikut otak, memang mau terkinja-kinja melompat, tapi sebab result pun belum keluar, menda merdeka-merdeka ni..Tawakal jak la yang mampu. :)
InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja. Amin. Flying color please~~~\(^-^)/

Btw, Polaris Memoirs melaporkan khas dari tempat baru.  Yeay!~~

Diikutkan kalender, 30hb April saya pindah di tempat baru ni, ce teka~~ce teka di manaaa~~lol, 

Sini, di Utama, kenapa panggil utama? Sebab di sini Kolej Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu yang sebenar-benarnya. Di Bukit Padang. Bila imbau memori lepas, masa mula-mula mendaftar dulu urusan semua di buat di kolej utama. ingatkan belajar di sini. Rupanya student nursing (jururuwat pelatih &jururawat masyarakat pelatih) jak yang study di sini. Kami yang student MA (pelatih penolong pegawai perubatan) ni di hantar nun jauh di kolej cawangan. Kolej cawangan ni letaknya di Hospital Queen Elizabeth 1. 

So, bila mula-mula masuk, memang kecewa sebab tidak dapat belajar di kolej yang tersergam indah ni. Tapi betullah apa orang kata. Biar buruk mana pun, banyak nikmat di sebaliknya. 

SENANG VS SUSAH
Masa di cawangan, kami pelatih perempuan tinggal di quarters HQE (AJM). Quarters yang memang jauh panggang dari api. Memang beribu kali jauh beza dengan asrama di kolej utama. Kalau tengok dari luar pun macam buruk jeer~~yang mahu terkeluar dari mulut kalau tengok bangunan tu. Macam berhantu jerr~~.huhu. Orang lalu lalang ke arah Kota Kinabalu-Penampang memang akan nampak quarters kami tepi jalan jak, hehe. 
Kemudahan pun serba kekurangan. Memang sangat-sangat bukan asrama. Cuma flat yang ada almari pakaian dan katil. Memang sadis kalau dibanding dengan kolej utama. 

Tapi, quarters yang buruk itulah yang bagi 1001 nikmat. 

1) Jarak dengan kelas di kolej cawangan yang tidak sampai beberapa minit. Kau masih boleh bangun pukul 7.30, gerak pukul 7.50 untuk ke kelas pukul 8am. Kau boleh balik dengan segera kalau kau ada tertinggal barang, atau kau mahu balik tidur masa rehat. Kau boleh balik kelas lewat kalau ada kerja kumpulan atau hal-hal berkaitan. 
2) Kau cuma perlu jalan kaki harungi simpang empat dan doctor, HO, MO, MA, Pharmacist dan Jururawat yang handsome2. 
3) Kalau kau demam, selsema ringan sekalipun, kau boleh terus pergi Emergency unit . 
4) Setiap malam, sambil menghirup secawan coffee, sambil-sambil study, kau boleh cuci mata tengok pemandangan indah Hospital Queen 1.
5) Kau akan dengar bunyi siren ambulance dalam setiap setengah jam, buatkan kau sentiasa alert dan train diri kau untuk tidak gentar dan prepare diri untuk masa depan bila kau sudah bertugas di unit kecemasan. 
6) Kau boleh jalan kaki ke Muzium Sabah, bila-bila masa kau boleh singgah. 
7)Kalau kau rasa perut kau sudah buncit, balik kelas kau boleh terus jogging di Ujana Rimba. 
8) Kalau kau rasa kau mahu bersukan, kau boleh jalan kaki pergi belakang, bersukan di Maktab Perguruan (IPG), sambil tu boleh cari jodoh bakal-bakal cikgu. 
9) Kalau kau rasa kau mahu berjimba, rehat pukul 12-2pm atau lepas kelas pukul 4, kau terus naik bas Penampang turun KK.Berjimba puas-puas. Balik limit pukul 9pm. Kalau kau habis ink printer, kau terus lari naik bas pergi Karamunsing. 
10) Kalau kau mahu belanja sakan barang-barang dapur, kau boleh jalan kaki terus pergi Giant berdekatan.
11) Kalau kau rasa kau ada urusan rasmi, mahu buat ic baru, mahu dating-dating di library, mahu upgrade diri ikut zumba, muay thai dan masuk gym, kau boleh jalan kaki pergi UTC. 
12) Kalau kau mahu manjakan diri dengan produk-produk kecantikan, kau boleh jalan kaki pergi wisma Muis sambil sambil ushar tudung-tudung cantik lagi murah.
13) Kalau hujung minggu tidak ada makanan disediakan, kau boleh pergi cafe HQE, di BTC, menjamu selera bersama doktor-doktor pakar. haha. 
14) Kalau kau habis kredit, kau boleh terus pergi 7e dan paling hebat, disebelah 7e ada kedai acik india, 
6e. Sambil beli kredit di 7e, kau boleh menyempat singgah beli sayap ayam atau menikmati ice-cream. 
15) Kalau kau rasa kau mahu jalan jauh, kau boleh sewa kereta dekat acik di quarters JKK di sebelah saja.
Dan tidak lupa...
Kalau kau ada buah hati student MA, kau tidak la susah mahu ketemu sebab dekat di mata, dekat di hati. 
16) Kalau kau masih tercari-cari jodoh, jangan risau, sebelah quarters ada student jururawat pelatih lelaki. hahaha. 

Bila hidup dekat 3 minggu di asrama kolej utama, macam-macam perasaan ada di sini.
Memang hidup di sini, serba serbi mewah, semua kelengkapan & kemudahan cukup. Selesa. Air kuat . LENGKAP. 
Tapi bila kau di bagi kemewahan, banyak nikmat ditarik dan dugaan yang kau akan dapat.

1) Kau kena bangun pukul 4.30 pagi, bersiap-siap
2) Kau bangun awal pagi, tapi kau terpaksa berebut-rebut dengan senior, junior untuk naik bas ke kolej cawangan di Queen.
3) Kau berhimpit-himpit dalam bas
4) Kau bersabar tahap paling maksimum dan ada kalanya kau terpaksa memaki supaya kau tidak terkena serangan sakit jantung (cardiac arrest atau MI ) sebab bas yang entah bila mahu muncul.
5) Kau terpaksa tunggu sampai 7-8 malam sebab bas kolej yang terpaksa ambil kau lewat sebab utamakan student nursing yang posting di hospital-hospital atau klinik berdekatan. sedih. kau basah kuyup dalam hujan. dan kadang-kadang sebab telampau penat mental dan fizikal, kau bersusah naik bas sewa atau teksi untuk pulang. 
6) Bila kau rasa kau stress, mahu berjimba mahu bershopping, kau tidak ada hala tuju. kau terpaksa berkurung di asrama sebab jauh dari KK. Ada pun City Mall, tapi kau masih butuh kereta untuk ke sana. 
7) Bila kau rasa kau bersedia untuk berkorban demi makanan, kau terpaksa jalan kaki macam jarak dari hospital queen ke Karamunsing hanya untuk keluar pagar kolej, belum jalan kaki ke Taman Tun Fuad.
8) Bila kau rasa kau betul-betul perlu untuk berjimba, kau terpaksa mandi peluh, luncur semua make up, hilang bau wangi kau, sebab basah lecun dengan peluh untuk jalan kaki ke bus stop depan Hospital Mesra. 
9) Bila kau ada buah hati yang ada kereta, kau rasa cukup bahagia,sekurangnya ada orang yang sudi datang jenguk kau, bawa kau jalan-jalan, tapi kau kena balik sebelum pukul 8 macam cinderella. haha. 
10) Kau rasa rindu...rindu...rinduuu..rinduuuu dengan hostel yang serba kekurangan. 

Cukuplah setakat itu. Apa pun yang jadi biarlah jadi. Bersyukurlah apa yang ada nak. daripada kau tiada tempat mahu tidur kan. hehe. 

Apa pun rintangannya, lepas sebulan ni berlalu, kami balik jugak ke sana. Jangan pula lepas ni mahu mengadu rindu gaban dengan asrama mewah di utama. memang manusia tidak pernah mahu bersyukur. 
Jadi lepas sebulan ni, my life will be back to basic. Hidup serba sederhana tapi penuh dengan nikmat. 
Sebelum jadi kenangan, perlulah ku abadikan di blog tercinta yang terbai ini. hehek. 

Apapun, aku suka bilik baru ni, walaupun nun jauh di tingkat empat. Aku suka pemandangan dari bilik. Dapat tengok bintang, dapat hirup udara segar. dan jauh dari manusia-manusia. hehek. walaupun aku macam perlu nebulizer salbutamol setiap kali turun naik tingkat 4 ni,,hahaha. 

Masa masuk bilik ni, aku memang hangin, sebab penghuni sebelumnya tinggalkan bilik ni begitu jak..dengan tunggang langgang, dengan habuk 10 inci, dengan kurap-kurap dalam almari, haish,,tabahlah. dengan penat mengangkut barang yang macam lari dari rumah ni ke tingkat 4, aku gagahkan jugak lap setiap inci penjuru perabot dalam bilik ni. Biar penat asal selesa. 

dengan bertemakan Yakini Pink, tadaaa~~


Thank you my dear room sebab buat minggu-minggu final exam saya terlalu selesa sampai tidur tak hengat dunia,,haha,
pokoknya, yang aku tau, ku lebih rela belajar dalam serba serbi kekurangan tanpa meja study sebab perasaan mahu berjaya tu lebih berkobar-kobar. bila telampau selesa,kau  macam orang mengantuk disarungkan bantal dipasangkan lullaby. =_=. 

Moga hari-hari di Utama lebih bermakna dan moga banyak kenangan manis untuk di buat ingatan masa depan tercipta di sini. :) 
2 minggu lagi~~weee~

No comments:

Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon