Saturday, June 28, 2014

ROOM SWEET ROOM ♥

Salam manis,
Hi, makin rajin pula aku rasa sejak akhir-akhir ni kan update blog. Ntah, aku rasa bila duduk diam-diam dalam bilik ni, gatal betul aku mau exercise-kan jari jemari ni di atas keyboard.

Ok la motif malam ni punya entry, act, aku baru habis bermandi peluh mengemas bilik. Sebab beberapa hari lagi aku balik kk, sebelum balik aku kemas lagi. Setiap kali cuti aku cuma kemas bilik dua kali. sampai dan sebelum pulang. cukuplah tu. hehe. nampak sangat malasnya di situ. 

Tiba-tiba aku rasa mahu abadikan bilik kesayangan sebab aku rasa tidak lama lagi dia akan berwajah baru. sebelum hilang semuanya wajiblah di jadikan simpanan di sini kan. huhuk. Bukan show off ya. Gigit karang kalau kau cakap show off. bilik aku bukan grad macam bilik hotel. jadi tiadalah istilah mahu show off. haha. tapi, kalau contoh contoh kau ternampak entri ini, kalau kau rasa bilik kau tunggang langgang sekarang, kau terus juga bersemangat waja macam aku mengemas bilik kan. Tambahan pula, Malahan, Arakian, kalau kau cari idea-idea mahu kemas bilik kau yang banyak barang-barang tidak terpakai, barang-barang lama, barang-barang yang ta patut-patut ada, barang yang telampau bnyak, sampai kau sakit mata, barang-barang yang kalau ikut hati kau mahu buang semua kan, sebab saiz bilik kau yang biasa-biasa, perabot pun bukan dari IKEA, macam bilik aku ni haa, boleh la inspire kau sikit-sikit kan. gitu~~sharing is charing.

Bilik aku ni tiada tema. semuanya mix and match. 
tapi apapun aku sentiasa berpegang dengan moto ini : YAKINI PINK. hehek

Eyh sebelum tu, story-mory dulu. 
Dalam bilik ni, aku hidup sendirian berhad. Adik aku bujang-bujangan. dorang dua jak yang kongsi bilik. 

Tapi bila aku tiada di rumah, dorang suka banget menginap di bilik aku bersama-sama cousin-cousin atau teman-teman. amboi, ber-slumber party dorang di bilik ku.sampai bilik ku ni berbau lelaki..aku apa lagi, terus aku sembur dengan body mist victoria secret delicate petals yang aku sayang tu, macam aku sembur spray nyamuk. kau rasa berapa liter? ok tipu. bukan la berliter. tapi,,banyakkk kali sembur baru hilang ok. Kadang-kadang bau delicate petals tu memang tidak ummph! tetap jugak ta boleh lawan tu bau-bau hapak dorang. puahhaha. terus kau spray guna pure seduction. huh, di situ lah, baru kau rasa kau boleh tidur dengan enak dan nyaman, macam bilik kau mekar bunga-bunga segar. haha.

color pink bilik ni rasanya sudah dekat 6 tahun,,tahan jugak la warnanya, kengkadang kalau pudar, aku lap guna kain basah, terus warna cat tu naik seri balik. tu aku memang salute dengan cat jotun ni,,tapi ada jugak la warna yang mo luntur sudah sebab aku main tarik jak perabot2 sesuka hati, adalah bekas2 perabot melekap..kadang, aku teringin jugak mahu cat warna lain macam warna purple atau pastel. mungkin raya ni. itupun kalau sempat. kalau tidak, aku rasa tunggu aku kawen nanti la,,macam mo dekat-dekat sudah umur ni, cepat-cepatlah, kasi doa aku ketemu jodoh ye,,ngehhe. so, masa tu la alang-alang aku kasi kosong bilik ni, derma semua perabot di bilik adik aku, ngahaha. kang aku kawen, wajiblah aku tukar baru semua. aku sudah berangan mau semua warna pastel, perabot semua aku terbangkan dari IKEA.kesian bha tiada IKEA di sini, hehek. Amboi~ kelas kau jahh~Chan furniture sudahhh. hahahaha,,grrr, sebut pasal IKEA, terus rindu mahu makan meatball ikea, ok, tunggu aku ada masa balik tanah melayu, memang berapa pinggan aku ngap meatball ikea tu..rindunya lahai~


Aku jenis yang suka pasang lilin dalam bilik. kiranya, aku memang suka bergelap-gelap. Melayan perasaan. Lepas tu aku buka tingkap besar-besar, tengok-tengok bintang. Gitu, sentimental betul. haha.

Yang lain, macam biasalah bilik gadis-gadis, wakaka, semua pun mau yang cute miut.
Kalau boleh feeling-feeling princess-princess lagi. Tapi aku tidaklah. Aku yang penting aku sedap mata memandang, aku letak la di mana yang aku berkenan. Kengkadang aku suka DIY. Benda yang lama-lama aku recycle. Nampak kayu papan lebih aku gergaji la buat itu ini. jimat. haha.
Benda segiempat tu aku potong gergaji jadi segi empat kecil begitu. lepas tu diy. potong majalah e-pop tu, then tampal ikut suka hati aku. Comel kan. wakaka. 
bendala comel ni pun aku diy dari kertas printer jenis dulu-dulu. Aku paling suka bola-bola begini. keke. 
Tanglung comel-comel begini lagilah aku suka. haha. semuanya pun aku suka. 
Best sebenarnya diy ni, bukan sejak kau pun jadi kreatif, benda-benda yang patutnya boleh dibuang pun kau boleh recycle balik.
Aku culik kayu manis pa aku di dapur lepas tu lekat pada bawah penutup tabung aku yang sudah kemik bahagian badannya. lepas tu letak reben. alala, terus tiba-tiba jadi comel. >_<

Ok la. gtg. Boleh tidur nyenyak sudah lepas bilik kemas begini.
Good Night-night.
Sleep tight.
Don't let the bugs bite.
:) 

p/s; aku try filter fade style dalam semua gambar-gambar di entri ni. macam pelik dan kuyu pun ada jugak aku tengok warnanya. hehe 
Boucing Sky Blue Bow Tie Ribbon